|
|
| Saturday, 11-Apr-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Terbaru @ fototeacher.com !!!
|
|
* fototeacher.com adalah sebuah pusat latihan fotografi yang dimiliki sepenuhnya oleh Adan Impresif Sdn. Bhd.
Sila layari www.fototeacher.com untuk pendaftaran secara online.
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi talian 03-9101 7155 atau emel di fototeacher@gmail.com.
@lly Ramly
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 10-Jan-2009 08:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ReUnion Fototeacher @ Shah Village Hotel, PJ, Selangor !!!
|
|
* fototeacher.com adalah sebuah pusat latihan fotografi yang dimiliki sepenuhnya oleh Adan Impresif Sdn. Bhd.
Sila layari www.fototeacher.com untuk pendaftaran secara online.
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi talian 03-9101 7155 atau emel di fototeacher@gmail.com.
@lly Ramly
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 20-Dec-2008 08:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kursus Asas Videografi Digital @ fototeacher.com !!!
|
|
* fototeacher.com adalah sebuah pusat latihan fotografi yang dimiliki sepenuhnya oleh Adan Impresif Sdn. Bhd.
Sila layari www.fototeacher.com untuk pendaftaran secara online.
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi talian 03-9101 7155 / 017-712 7271 atau emel di fototeacher@gmail.com.
@lly Ramly
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 16-Dec-2008 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kursus Asas Fotografi Digital @ fototeacher.com !!!
|
|
* fototeacher.com adalah sebuah pusat latihan fotografi yang dimiliki sepenuhnya oleh Adan Impresif Sdn. Bhd.
Sila layari www.fototeacher.com untuk pendaftaran secara online.
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi talian 03-9101 7155 / 017-712 7271 atau emel di fototeacher@gmail.com.
@lly Ramly
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 2-Dec-2008 10:14 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kamera Untuk Tutup Malu
|
|
Isu kamera murah dan kamera mahal memanglah satu isu yang sentiasa
dibincangkan. Orang baru dalam fotografi sentiasa terdorong untuk
membeli kamera yang tercanggih yang ada di pasaran, yang kadangkala
membebankan dari segi kewangan. Sindrom ini jadi makin kronik bila
kawan-kawan selalu ‘racun’ kita untuk beli kamera dan accessories yang
terbaru dan terbaik di pasaran.
Dari pemerhatian saya, ini terjadi kerana orang baru dalam fotografi
tiada keyakinan pada diri sendiri. Mereka kurang pengetahuan fotografi
dan kurang pengalaman. Jadi, untuk menutup kelemahan diri, ramai yang
ambil jalan mudah – beli kamera mahal lagi canggih, dengan harapan,
gambar yang dirakam akan jadi hebat secara otomatik. Malangnya,
pendapat ini tidak benar.
Orang baru harus banyak belajar, banyak bertanya, banyak mengkaji dan
banyak berlatih merakam gambar. Dengan cara ini, anda akan cepat
pandai. Anda akan dapat keyakinan diri. Anda perlu yakin, bahawa, yang
membuatkan gambar yang anda rakam itu cantik adalah kemahiran yang ada
pada diri anda, bukannya disebabkan oleh kamera yang canggih.
Bila anda masuk bidang fotografi dan ingin jadi jurugambar, pastikan
bahawa, minat utama anda ialah untuk hasilkan gambar yang baik, bukan
mengumpul berbagai jenis peralatan kamera dan membeli setiap kamera
keluaran terbaru. Maksudnya, jika ingin jadi jurugambar yang baik,
anda harus fokuskan masa dan wang anda lebih kepada pembelajaran dan
penguasaan kemahiran fotografi. Kamera hanyalah sekadar alat.
Jika anda ada kamera mahal, kamera tersebut akan jatuh harganya
selepas beberapa tahun. Tapi jika anda ada ilmu dan kemahiran
fotografi dalam diri anda, ianya tidak akan jatuh nilai, malah nilai
diri anda sebagai seorang jurugambar akan sentiasa naik dengan setiap
kemahiran dan ilmu yang anda perolehi.
Tidak salah membeli peralatan kamera mahal jika anda mampu. Tapi,
sebagai jurugambar, pastikan bahawa, kemahiran anda sentiasa lebih
hebat dari kamera anda. Janganlah hanya sekadar bergaya dengan
peralatan hebat, tapi takut nak tunjuk hasil gambar.
Memang ada golongan yang digelar camera collector. Ianya juga satu
hobi yang baik dan menarik. Tapi, kalau anda ingin dikenali sebagai
jurugambar, anda lebih patut rakam dan collect gambar yang baik, bukan
collect peralatan kamera.
- Hasnuddin | fototeacher.com
________________________________________________________
Terbaru di Fototeacher.Com !!!
FOTOINSPIRASI : 4 orang jurugambar tersohor di Malaysia akan membuka minda anda, memberikan inspirasi dan meluaskan pandangan anda dalam fotografi. Melihat fotografi dari sudut advertising, fashion, photojournalism dan wedding photography.
Layari www.fototeacher.com
|
|
|
|
|
|
| Monday, 1-Dec-2008 10:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ghazali & Hernilia | Palm Garden Hotel, Putrajaya
|
|
Zali & Lia, nice to know u all and thanks for trust me to captured your wedding moment
I'll upload more your wedding pics later !
Will see u again, insyallah....
Ally Ramly | 017-712 7271
Terbaru di Fototeacher.Com !!!
FOTOINSPIRASI : 4 orang jurugambar tersohor malaysia akan membuka minda anda, memberikan inspirasi dan meluaskan pandangan anda dalam fotografi. Melihat fotografi dari sudut advertising, fashion, photojournalism dan wedding photography.
Layari www.fototeacher.com
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 27-Nov-2008 08:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
100 Tahun Belajar Fotografi
|
|
Walaupun kita ada 100 tahun untuk belajar fotografi, kita takkan habis
belajar mengenai fotografi. Kalau kita tahu segalanya pun, kita takkan
mahir dalam segala bidang pengkhususan fotografi. Begitulah luasnya
ilmu fotografi.
Bercakap mengenai kamera saja sudah cukup luas bidangnya. Kebanyakan
kita yang heboh dengan dunia fotografi sekarang ni, cuma melihat
fotografi dalam skop DSLR 35mm sahaja. 35mm ni adalah format paling
kecil dalam dunia kamera profesional, ibarat adik bongsu. Masih luas
untuk kita menjelajah dalam dunia medium format apatah lagi large
format. Dikala kita masih terkapai-kapai bermain dengan CLS portable
flash, kita masih kabur dengan monoblock flash, apatah lagi power pack
flash, portable potty, jauh sekali bereksperimen dengan continuous
light seperti HMI Arri.
Semakin banyak kita menuntut ilmu, semakin sedarlah kita bahawa, lebih
banyak lagi ilmu yang kita tidak tahu. Jika kita hanya duduk di
pantai, kita tidak dapat bayangkan betapa luasnya laut.
Seorang jurugambar terhebat dalam bidang pengiklanan misalnya, sedar
bahawa, dia tidak sehebat mana dalam bidang fotografi lain yang bukan
dalam bidang pengkhususannya. Jadi jurugambar kahwin pun bukan semudah
yang disangka. Sesiapa pun boleh jadi jurugambar dalam apa-apa bidang
sekalipun, tetapi, untuk jadi yang terbaik diantara yang terbaik…
hanya satu dalam sejuta.
Kadangkala, sedih melihat, segolongan jurugambar yang baru beberapa
kali minum kopi bersama jurugambar ternama, sudah merasakan dirinya
sehebat mentornya. Baru beberapa kali gambarnya dipuji, sudah rasa
ilmu penuh di dada. Janganlah kita berpuas hati dengan pujian yang
diterima, lebih baiklah kita mencari kritikan yang membina supaya kita
sentiasa memperbaiki diri.
Saya turut kagum dengan segelintir jurugambar baru yang rajin menjelajah
segenap ilmu fotografi. Kelompok ini sanggup berhabis wang dan masa untuk
memperbaiki diri mereka. Sanggup menebalkan muka dan merendah diri untuk
mendapatkan secebis ilmu. Sanggup berkawan dengan sesiapa saja untuk
berkongsi pendapat. Ini sifat yang terpuji.
Pesan ini untuk diri saya sendiri, kerana saya banyak mengajar. Supaya
saya tidaklah merasa yang saya ini lebih pandai dari orang lain.
Belajarlah dan berlatihlah tanpa jemu, sebab kita tidak ada 100 tahun
untuk fotografi.
Oleh: Hasnuddin Abu Samah
Hakcipta Terpelihara - fototeacher.com 2008.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 12-Nov-2008 01:58 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Photographer Diam & Photographer Bising
|
|
Pertama sekali, saya rasa, saya ni tergolong dalam kategori photographer bising.
Photographer diam yang saya maksudkan, ialah photographer yang diam-diam ubi, makin tunduk makin berisi. Photographer macam ni sebenarnya ada ramai kat dalam Malaysia ni. Mereka ni semua berilmu tinggi, berpengalaman dan yang paling penting sekali, hasil gambar diaorang ni superbbb. Cuma, diaorang ni tak bising. Diaorang tak berapa ‘bercakap’ dalam forum, tak berapa aktif sesi teh tarik, malah, ada yang tak ada laman web langsung. Kenapa diaorang diam? Sebab diaorang tak ada sebab nak bising di media internet. Biasanya, diaorang ni cari makan guna ‘lubang’ tersendiri, cari makan bukan melalui dunia internet. So, di sini, salute dari saya untuk photographer-photographer diam di seluruh Malaysia! Insyaallah, saya akan reveal photographer diam ni satu persatu tidak lama lagi…(Jika diizinkan)
Photographer bising pulak - macam saya, terpaksa buat bising (saya cuba untuk tidak melebihi had bising yang dibenarkan). Buat bising kat tempat-tempat tertentu seperti blog dan laman web saya untuk cari makan. Untuk bagitau apa yang saya buat, tunjuk apa gambar yang saya shoot dan sebagainya. Ini tidak lebih dari sekadar bertujuan untuk mempromosi dan memasarkan produk niaga yang saya ada sekaligus berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan yang ada. Jadi, harap anda fahamlah golongan jurugambar bising macam saya. Bukan nak tunjuk pandai, kalau salah harap dimaafkan.
- Hasnuddin -
Dapatkan berita terbaru mengenai program fototeacher, promosi, artikel dan sebagainya. Langgan newsletter percuma dari kami. Sila klik di sini - http://fototeacher.com/subscribe.htm
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 11-Nov-2008 06:54 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Asas Fotografi Digital (AFD) 8-9 Nov 2008 @ fototeacher.com
|
|
Actually 8 Nov cousin aku kawen kat Pontian, Johor. Nak tak nak kena la pi jgk. Tp ape2 pon preparation utk kelas AFD kali ni aku dah setel kan awal2 lagi. Jd nnt tak de la masalah bile aku tak de nanti.
Walaupun aku tau Boss mmg dah biase handle kelas kat Fototeacher + ade assistant (Fendy Afroo & Firdaus), tp hati aku rase tak best plak nk biarkan kelas jalan camtu je, sbb aku bertangungjwb utk pastikan semuanya berjalan lancar. Tu pasal pepagi bute 9 Nov tu aku dari Johor aku terus balik KL naik bas. Alhamdulillah aku sampai dalam pkl 1pm mase dorg tgh rest & lunch.
Theres some da 'picchas' mase AFD aritu. Check it out babe!!!
Group photo-candid. Time ni baru tau dorg ni pon giler2 jgk mcm kiteorg wahahaha...
*Murid2 semua,paham tak cikgu din ajaq ni???
*Yg hangpa dok nganga tu wat apa ??? kalo tak paham tanye noo...
Haa yg belakang tuh jgn tido. Aku piat telinga hgpa baru taw...
Ni la Cikgu Fendy Afro. Tgk rambut pon dah tau die nie otai hehehe .
*Okey semua tau tak nak setting ape utk shoot gambaq kambing tgh naik teksi? Haa ni mcm laaa.. Ha buat la! Ape dok tgk laie... err err err..
Haa bagos2. Pandai pon hgpa shoot. Ok, buat laie 18ratus kali ekh...
*Utk membuatkan rambut hgpa jd Afroo mcm aku, mcm nie care nye.. haha.. huhuhuhu hahaha...
Atas permintaan, aku load jgk le gmbr depa yg tgk control cun & macho ni. Tp yg pasti yg ade kaler je yg real macho wahahahha ...
@LLy R@mLy | Co-OrdiNaToR FoToTeAcHeR.CoM | 03.9101.7155
www.fototeacher.com | http://fototeacher.com/blog | fototeacher@gmail.com
|
|
|
|
|
|
| Friday, 7-Nov-2008 01:57 |
Email | Share | | Bookmark |
|
My new carier @ Adan Impresif & Fototeacher.Com
|
|
Alhamdulillah, sejak sekian lame aku usaha akhirnya aku diterima sbg salah seorg daripada family Adan Impresif & Fototeacher.Com. Thanks to Mr. Hassnuddin Abu Samah (boss aku ni) yg bagi aku kepercayaannya untuk melaksanakan tugas sbg Marketing Executive & merangkap Photographer Adan (not all da time laa, bile diperlukan je hehe).
1-2 November 2008 lepas merupakan tugas pertama kau sebagai penyelaras Fototeacher.Com.
Fototeacher.Com telah menganjurkan Bengkel Portable Flash (BPF). Seramai 10 orang telah menghadiri bengkel ini yang dikendalikan oleh Cikgu Kaha. Rata-rata peserta berpuas hati dengan input yang diperolehi dari pelaburan yang dibuat. Sesi praktikal pencahayaan potret dijayakan oleh model baru yang berbakat - Wani (mmg cun awek ni,aku pon teruja haha )
Hurmmm,bleh tahan gile2 jgk budak2 ni. Mmg sempoi laa. Sebelah kanan tu kwn aku Gali,adik Padil @ Kopi. Yg dok belah kiri aku tu la boss aku err err err...
Boss aku tgh mengajar teknik pencahayaan utk 'product shoot'.
Sesi teori oleh Cikgu Kahar (ketua jurufoto berita publishing)
Time ni la semua peserta jadi tak tentu arah. Apetah laie bile aku suh si Wani ni wat pose sexy hahaha
Ni lah wani,comey kan kan kan??? Lebih hangat drpd biase hehehe
Ally Ramly
www.fototeacher.com | fototeacher.com/blog | fototeacher@gmail.com | 03.9101.7155
www.adan.biz | adanphoto@gmail.com | 03.9101.7144
|
|
|
|
|