Want your
own Fotopage?









 
The Versatile Photographer
. wedding photographer | wedding photography | jurugambar perkahwinan | portraiture | commercial | journalisme .
By: Ally Photography Studio

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 2-Dec-2008 10:14 Email | Share | Bookmark
Kamera Untuk Tutup Malu

Isu kamera murah dan kamera mahal memanglah satu isu yang sentiasa
dibincangkan. Orang baru dalam fotografi sentiasa terdorong untuk
membeli kamera yang tercanggih yang ada di pasaran, yang kadangkala
membebankan dari segi kewangan. Sindrom ini jadi makin kronik bila
kawan-kawan selalu ‘racun’ kita untuk beli kamera dan accessories yang
terbaru dan terbaik di pasaran.

Dari pemerhatian saya, ini terjadi kerana orang baru dalam fotografi
tiada keyakinan pada diri sendiri. Mereka kurang pengetahuan fotografi
dan kurang pengalaman. Jadi, untuk menutup kelemahan diri, ramai yang
ambil jalan mudah – beli kamera mahal lagi canggih, dengan harapan,
gambar yang dirakam akan jadi hebat secara otomatik. Malangnya,
pendapat ini tidak benar.

Orang baru harus banyak belajar, banyak bertanya, banyak mengkaji dan
banyak berlatih merakam gambar. Dengan cara ini, anda akan cepat
pandai. Anda akan dapat keyakinan diri. Anda perlu yakin, bahawa, yang
membuatkan gambar yang anda rakam itu cantik adalah kemahiran yang ada
pada diri anda, bukannya disebabkan oleh kamera yang canggih.

Bila anda masuk bidang fotografi dan ingin jadi jurugambar, pastikan
bahawa, minat utama anda ialah untuk hasilkan gambar yang baik, bukan
mengumpul berbagai jenis peralatan kamera dan membeli setiap kamera
keluaran terbaru. Maksudnya, jika ingin jadi jurugambar yang baik,
anda harus fokuskan masa dan wang anda lebih kepada pembelajaran dan
penguasaan kemahiran fotografi. Kamera hanyalah sekadar alat.

Jika anda ada kamera mahal, kamera tersebut akan jatuh harganya
selepas beberapa tahun. Tapi jika anda ada ilmu dan kemahiran
fotografi dalam diri anda, ianya tidak akan jatuh nilai, malah nilai
diri anda sebagai seorang jurugambar akan sentiasa naik dengan setiap
kemahiran dan ilmu yang anda perolehi.

Tidak salah membeli peralatan kamera mahal jika anda mampu. Tapi,
sebagai jurugambar, pastikan bahawa, kemahiran anda sentiasa lebih
hebat dari kamera anda. Janganlah hanya sekadar bergaya dengan
peralatan hebat, tapi takut nak tunjuk hasil gambar.

Memang ada golongan yang digelar camera collector. Ianya juga satu
hobi yang baik dan menarik. Tapi, kalau anda ingin dikenali sebagai
jurugambar, anda lebih patut rakam dan collect gambar yang baik, bukan
collect peralatan kamera.

- Hasnuddin | fototeacher.com
________________________________________________________

Terbaru di Fototeacher.Com !!!
FOTOINSPIRASI : 4 orang jurugambar tersohor di Malaysia akan membuka minda anda, memberikan inspirasi dan meluaskan pandangan anda dalam fotografi. Melihat fotografi dari sudut advertising, fashion, photojournalism dan wedding photography.
Layari www.fototeacher.com


its true bro...its really correct..contohnya mcm sifu aku sorang tu lah kan,wpun guna D40 utk shoot wedding aku,tp disebbkan ilmu yg dia cari,gali dan timba,hasilnya cukup memuaskan.. dan ilmu tu plak dicurahkan pd aku.Aku bermula dgn D40 yg sama,dgn harapan aku ble jd mcm dia atau lebih baik dr dia,hehehe dan bila sampai masa,aku pn upgrade skit amik D80 coz sifu aku tu sudah angakt satu... So bkn kamera yg menentukan kecantikn gmbr tu tp tuan punya kamera tu... Tue 2-Dec-2008 11:06
Posted by:fahmi fotosufi@yahoo.com  - [Link]
yeah u write bro..cmera mhl ney 1 advantge je..selebeynye bgantung pd the one who press da shutter..kadang2 xfhm gk bile bru nk bermule dgn kamera mahl..katenye bile pki cmera mhl bru dpt job yg gempak2..adoyaii..cmney pnye org pn de..p org2 yg cmney adalah mangse kpd trend skang..de cmera sbb trend..de cmera sbb nk dpt job ribu2..insyaAllah org2 cmney mmg xkn kemane2.. Thu 4-Dec-2008 05:06
Posted by:hanif ramli  - [Link]
wahhhh d3x heheh betoi tuh sedara ally heheh....anyway walopon dirimu tak pernah ku jumpa ...namun kit ajua tetap berkawan heheh ......ang memang rapat ka ngan abg kembaq aku tuh si mohamad black Thu 4-Dec-2008 05:33
Posted by:daiyo  - [Link]
aku pun rasa terharu otai cam hang kasi komen kt fp aku... nanti kita pekena teh tarik..hang dok mana?? mai no phone... aku punya... 0195050987... Thu 4-Dec-2008 07:14
Posted by:azmieibra azmieibra@yahoo.com  - [Link]
Ally...........betui 100%.....memang betui ...abah pun cam tu ...ingatkan kamera yg lebih canggih akan menghasilkan gambar yg canggih....rupanya yg penting kepandaian....... dulu abah ashik merungut mengapa gambar tak cantik dan selalu kata camera abah tak elok.....salah tu....sebenarnya kena pandai shoot...hahahahahaha ...... angle, cahaya, getaran dan banyak lagi yg perlu dipelajari....... abah punya gambar sekejab gelap,sekejab terang, kadang-kadang begetar, kadang2 cantik....... masih merangkak lagi nak dapatkan umpppnya tu....hahahahaha..... tak pa abah belum putus asa lagi....abah akan belajar lagi.......... Thu 4-Dec-2008 08:51
Posted by:Abah Along  - [Link]
hm...yeap.
actually im not a boy not yet a MAN..
saya pompuan lorh
Thu 4-Dec-2008 12:24
Posted by:ejardkethot  - [Link]
betul apa yg dikatakan...
wa caya sama lu....
Thu 4-Dec-2008 14:27
Posted by:e_dan  - [Link]
Bro...makin menyengat laaa....Maklumlah, la no dok dlm "lubuk"....
Kirim salam dkt Boss hang - Din. Aku dah register Fotoinspirasi.....
Nak cari inspirasi utk berkarya.......
Thu 4-Dec-2008 15:02
Posted by:Ushar  - [Link]
wei ally suda ada d3x ka..
aku sudah tak ikut perkembangan kamera..
tak dan..hahah.
Thu 4-Dec-2008 15:56
Posted by:arie_gaban | snapsyndicate  - [Link]
apa pon ilmu tu amat penting....
bagi chek la...
pakai mahal pon gambaq tah apa2 buat apa....
Fri 5-Dec-2008 01:43
Posted by:yuddin  - [Link]
tiada pertikaian dariku..
segalanya benar2 belaka..
Fri 5-Dec-2008 01:43
Posted by:K a K i F o T o  - [Link]
Kamera canggih + photographer pengalaman = gambar superb lg WOW Fri 5-Dec-2008 04:42
Posted by:MaaG  - [Link]
salam alaik...
sesuatu fakta yg juga saya pernah jumpa di kalangan juniour.
Perasaan rendah diri dgn dslr low version. Pada hal HASIL dgn D40/x pun mampu menandingi hasil dari D300. Yang penting explore semua mode yg disediakan oleh
kamera berkenaan.
Saya memiliki D70 + D40 + D40x. Bebaru nih saja beli D200...tetapi mampu
merayau ke seluruh negara mengambil imej kahwin....

Profesional semacam anda mampu memberikan motivasi kepada juniour/new comers.
Teruskan...
Fri 5-Dec-2008 12:22
Posted by:mfouzi fp  - [Link]
betul2..gue sokong hundred percent..
member gue ramai je pakai kit tp hasil nye mmg marvellous..
ideologi ko mmg menaikkan semangat aku untuk terus berkarya..syabass
Fri 5-Dec-2008 15:22
Posted by:fareezkario  - [Link]
setujuuuuuu Sat 6-Dec-2008 00:57
Posted by:cak cicadalogy  - [Link]
nasihat yang baik...terima kasih Mon 29-Dec-2008 13:09
Posted by:suhaimi b.sabli  - [Link]
betul bro...kamera just alat shj...org yg memegang shj yg menentukan alat tu utk jadikan gmbar lebih cantik or outstanding

nasihat yg berguna dr pakar dan ahli dlm bidang ini utk kita yg dah lama berkecimpung x pun yg newbie cm aku nih....
Sun 26-Jul-2009 01:19
Posted by:hizmack hizmack@yahoo.com.sg


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.